Isnin, 28 September 2009

Pembukaan Sekolah

Hari ini ialah hari pertama untuk pembukaan sekolah. Semua murid pergi ke sekolah pada awal pagi untuk belajar selepas bercuti selama sepuluh hari. Selepas perhimpunan sekolah, murid-murid balik ke kelas masing-masing. Terdapat banyak kerja rumah perlu saya selesaikan serta perlu membuat persediaan untuk ujian lisan Bahasa Melayu. Folio Biologi juga perlu saya siapkan dan hantar pada minggu ini. Kerja rumah yang perlu saya siapkan banyak dan juga hendak membuat ulang kaji demi boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengecewakan ibu bapa saya.

Jumaat, 25 September 2009

Punca-punca Kemalangan Jalan Raya dan Langkah-langkah Mengatasinya

Hampir setiap hari media di negara kita, sama ada media elektronik atau media cetak menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya. Masalah ini di negara kita semakin hari semakin menjadi. Mengapakah masalah kemalangan jalan raya di negara kita akan menjadi semakin serius?


Hal ini berlaku kerana sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab. Mereka bersikap lalai dan tidak menumpukan perhatian semasa memandu. Mereka langsung tidak bertolak ansur semasa memandu. Mereka hanya hendak menjimatkan masa untuk tiba ke tempat yang mereka hendak tujui tanpa menghiraukan keselamatan.

Selain itu, pemandu juga tidak memeriksa kereta dari semasa ke semasa. Mereka juga tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu. Terdapat segelintir pemandu memandu dalam keadaan yang mabuk. Hal ini demikian akan menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku lalu mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak berdosa.

Bukan itu sahaja, lampu isyarat sering tidak berfungsi. Sikap pemandu yang saling tidak bertolak ansur semasa lampu isyarat tidak berfungsi. Kemalangan akan berlaku jika kejadian ini berlaku berterusan.

Tambahan pula, terdapat juga golongan remaja melanggarkan undang-undang jalan raya. Mereka sentiasa menjalankan perlumbaan motosikal dan sanggup mengabaikan keselamatan mereka demi mengejar keseronokan dan kebanggaan.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah pihak kerajaan haruslah mengetatkan undang-undang jalan raya serta pihak polis harus sentiasa meronda di kawasan perumahan untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Hukuman yang sesuai haruslah dijalankan bagi pemandu yang melakukan kesalahan.

Pihak tertentu juga harus sentiasa memastikan lampu isyarat dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Pemandu-pemandu juga harus menumpu perhatian dan pandu dengan cermat dan bersikap tolak ansur serta memastikan keadaan diri yang sedar semasa memandu.

Ibu bapa juga harus mengambil berat tentang keadaan anak-anak agar mereka berada dalam keadaan yang baik dan sihat demi mengelakkan mereka melibat dalam aktiviti negatif dan gejala sosial.

Akhir kata, masyarakat harus mengamalkan sikap kerjasama dan bersatu padu untuk mengatasi masalah ini.




Khamis, 17 September 2009

Punca-punca masyarakat Malaysia kini kurang minat membaca karya sastera dan mencadangkan cara untuk mengatasinya.

Dalam era globalisasi ini, masyarakat Malaysia kini kurang minat dalam pembacaan karya sastera. Remaja-remaja hanya bermain permainan komputer, membaca komik, majalah, menonton rancangan televisyen dan sebagainya. Kejadian ini telah menyebabkan minat pembaca yang membaca karya sastera semakin kurang.
Karya sastera adalah bahan bacaan yang bermanfaat dan tidak mencemarkan fikiran remaja-remaja. Permainan komputer, rancangan televisyen dan bahan majalah yang tidak baik akan mencemarkan fikiran remaja serta akan berkemungkinan terlibat dalam kegiatan yang negatif dan gejala sosial seperti vandalisme.
Jadi, apakah yang masyarakat harus bercadang untuk meningkatkan minat membaca karya sastera? Pihak kerajaan haruslah sentiasa mengadakan kempen tentang kebaikan membaca karya sastera dan mengadakan pameran dengan mempamerkan karya-karya sastera. Dengan ini, pembaca-pembaca dapat mengetahui tentang karya-karya sastera dan akan lebih memahami tentang karya-karya sastera.
Selain itu, pihak tertentu juga boleh sentiasa mengadakan pertandingan membaca karya sastera, pertandingan perundingan pendapat karya sastera dan sebagainya. Pembaca-pembaca bukan sahaja dapat memahami karya sastera dengan lebih banyak, bahkan juga boleh mengenali kawan yang baru dan juga dapat memenangi hadiah dengan melalui pertandingan.
Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga boleh mengadakan mingguan pembacaan karya sastera, projek pembacaan karya sastera dan sebagainya. Murid-murid akan menambahkan ilmu pengetahuan setelah membaca karya sastera. Perpustakaan di sekolah juga harus membeli lebih banyak karya sastera untuk murid-murid membaca. Program nilam tentang karya sastera juga boleh diadakan untuk meningkatkan minat murid-murid dalam pembacaan karya sastera.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan anak-anak membaca karya sastera. Pembacaan karya sastera harus dipupukkan oleh anak-anak sejak kecil lagi. Ada pepatah " melentur buluh biarlah daripada rebungnya ". Jadi, amalan membaca karya sastera haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Ibu bapa juga harus memberitahu kepada anak-anak tentang kebaikan membaca karya sastera supaya mereka akan memilih buku yang bermanfaat dan membawa kebaikan serta menambah ilmu pengetahuan mereka.
Di samping itu, masyarakat juga harus mengamalkan amalan membaca karya sastera agar menjadi teladan yang baik bagi remaja-remaja. Dengan melalui pembacaan karya sastera, remaja-remaja akan menambahkan ilmu pengetahuan serta dapat berfikir dengan jelas dan matang dengan membaca karya sastera kerana boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan yang positif. Dengan ini, remaja-remaja dapat mengelakkan dalam penglibatan aktiviti negatif dan gejala sosial. Hal ini demikian juga akan meringankan beban ibu bapa dan masyarakat dan akan menjadi orang yang berguna serta berbakti kepada negara.
Akhir kata, pembacaan karya sastera dapat mendatangkan banyak manfaat. Oleh itu, masyarakat haruslah bekerjasama untuk meningkatkan minat pembaca untuk membaca karya sastera dan bukan " bagai melepaskan batuk di tangga ".