Jumaat, 25 September 2009

Punca-punca Kemalangan Jalan Raya dan Langkah-langkah Mengatasinya

Hampir setiap hari media di negara kita, sama ada media elektronik atau media cetak menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya. Masalah ini di negara kita semakin hari semakin menjadi. Mengapakah masalah kemalangan jalan raya di negara kita akan menjadi semakin serius?


Hal ini berlaku kerana sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab. Mereka bersikap lalai dan tidak menumpukan perhatian semasa memandu. Mereka langsung tidak bertolak ansur semasa memandu. Mereka hanya hendak menjimatkan masa untuk tiba ke tempat yang mereka hendak tujui tanpa menghiraukan keselamatan.

Selain itu, pemandu juga tidak memeriksa kereta dari semasa ke semasa. Mereka juga tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu. Terdapat segelintir pemandu memandu dalam keadaan yang mabuk. Hal ini demikian akan menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku lalu mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak berdosa.

Bukan itu sahaja, lampu isyarat sering tidak berfungsi. Sikap pemandu yang saling tidak bertolak ansur semasa lampu isyarat tidak berfungsi. Kemalangan akan berlaku jika kejadian ini berlaku berterusan.

Tambahan pula, terdapat juga golongan remaja melanggarkan undang-undang jalan raya. Mereka sentiasa menjalankan perlumbaan motosikal dan sanggup mengabaikan keselamatan mereka demi mengejar keseronokan dan kebanggaan.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah pihak kerajaan haruslah mengetatkan undang-undang jalan raya serta pihak polis harus sentiasa meronda di kawasan perumahan untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Hukuman yang sesuai haruslah dijalankan bagi pemandu yang melakukan kesalahan.

Pihak tertentu juga harus sentiasa memastikan lampu isyarat dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Pemandu-pemandu juga harus menumpu perhatian dan pandu dengan cermat dan bersikap tolak ansur serta memastikan keadaan diri yang sedar semasa memandu.

Ibu bapa juga harus mengambil berat tentang keadaan anak-anak agar mereka berada dalam keadaan yang baik dan sihat demi mengelakkan mereka melibat dalam aktiviti negatif dan gejala sosial.

Akhir kata, masyarakat harus mengamalkan sikap kerjasama dan bersatu padu untuk mengatasi masalah ini.




1 ulasan:

  1. Huraian campur aduk, perenggan isi pendek dan pendahuluan memberi gambaran anda akan menulis punca atau faktor kemalangan berlaku sahaja.
    Isi tidak dikembangkan
    perenggan 3 ada banyak isi (1. tidak memeriksa kenderaan , tidak pakai tali pinggang, mabuk)

    Boleh dikatakan isi-isi tidak dikembangkan.
    Penutup hanya 1 ayat

    BalasPadam