Khamis, 17 September 2009

Punca-punca masyarakat Malaysia kini kurang minat membaca karya sastera dan mencadangkan cara untuk mengatasinya.

Dalam era globalisasi ini, masyarakat Malaysia kini kurang minat dalam pembacaan karya sastera. Remaja-remaja hanya bermain permainan komputer, membaca komik, majalah, menonton rancangan televisyen dan sebagainya. Kejadian ini telah menyebabkan minat pembaca yang membaca karya sastera semakin kurang.
Karya sastera adalah bahan bacaan yang bermanfaat dan tidak mencemarkan fikiran remaja-remaja. Permainan komputer, rancangan televisyen dan bahan majalah yang tidak baik akan mencemarkan fikiran remaja serta akan berkemungkinan terlibat dalam kegiatan yang negatif dan gejala sosial seperti vandalisme.
Jadi, apakah yang masyarakat harus bercadang untuk meningkatkan minat membaca karya sastera? Pihak kerajaan haruslah sentiasa mengadakan kempen tentang kebaikan membaca karya sastera dan mengadakan pameran dengan mempamerkan karya-karya sastera. Dengan ini, pembaca-pembaca dapat mengetahui tentang karya-karya sastera dan akan lebih memahami tentang karya-karya sastera.
Selain itu, pihak tertentu juga boleh sentiasa mengadakan pertandingan membaca karya sastera, pertandingan perundingan pendapat karya sastera dan sebagainya. Pembaca-pembaca bukan sahaja dapat memahami karya sastera dengan lebih banyak, bahkan juga boleh mengenali kawan yang baru dan juga dapat memenangi hadiah dengan melalui pertandingan.
Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga boleh mengadakan mingguan pembacaan karya sastera, projek pembacaan karya sastera dan sebagainya. Murid-murid akan menambahkan ilmu pengetahuan setelah membaca karya sastera. Perpustakaan di sekolah juga harus membeli lebih banyak karya sastera untuk murid-murid membaca. Program nilam tentang karya sastera juga boleh diadakan untuk meningkatkan minat murid-murid dalam pembacaan karya sastera.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan anak-anak membaca karya sastera. Pembacaan karya sastera harus dipupukkan oleh anak-anak sejak kecil lagi. Ada pepatah " melentur buluh biarlah daripada rebungnya ". Jadi, amalan membaca karya sastera haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Ibu bapa juga harus memberitahu kepada anak-anak tentang kebaikan membaca karya sastera supaya mereka akan memilih buku yang bermanfaat dan membawa kebaikan serta menambah ilmu pengetahuan mereka.
Di samping itu, masyarakat juga harus mengamalkan amalan membaca karya sastera agar menjadi teladan yang baik bagi remaja-remaja. Dengan melalui pembacaan karya sastera, remaja-remaja akan menambahkan ilmu pengetahuan serta dapat berfikir dengan jelas dan matang dengan membaca karya sastera kerana boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan yang positif. Dengan ini, remaja-remaja dapat mengelakkan dalam penglibatan aktiviti negatif dan gejala sosial. Hal ini demikian juga akan meringankan beban ibu bapa dan masyarakat dan akan menjadi orang yang berguna serta berbakti kepada negara.
Akhir kata, pembacaan karya sastera dapat mendatangkan banyak manfaat. Oleh itu, masyarakat haruslah bekerjasama untuk meningkatkan minat pembaca untuk membaca karya sastera dan bukan " bagai melepaskan batuk di tangga ".

1 ulasan:

  1. Hello Get Wooi,

    Tahniah, berjaya mengepos hasil penulisan pertama anda. Di sini, cikgu ingin memberi beberapa komen tentang karangan anda ini.

    Bahagian Isi:
    Tajuk anda tentang punca dan cara mengatasi tetapi anda hanya tulis cara.

    Bahasa:
    remaja tidak perlu digandakan
    Remaja-remaja(salah) - remaja(betul)
    Dengan melalui (salah) - Dengan atau Melalui (betul)
    mengetahui tentang karya-karya (salah) - mengetahui karya-karya(betul)
    memberitahu kepada anak-anak(salah) -memberitahu anak-anak(betul)
    kawan yang baru(salah) - kawan yang baharu
    lebih memahami tentang karya-karya (salah) - lebih memahami karya-karya
    Dengan ini, remaja-remaja dapat mengelakkan dalam penglibatan aktiviti negatif dan gejala sosial (salah) - Dengan ini, remaja dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti negatif atau gejala sosial.
    Sekian, terima kasih

    BalasPadam